Tips & Cara Untuk Menikmati PTPTN 20% Diskaun (Discount) di Malaysia

Cara untuk check baki hutang pinjaman PTPTN and membayar sekaligus dengang menikmati 20% diskaun

I rasa jika anda seorang peminjam PTPTN, sudah tentu anda risau jika telah di-blackliskkan atau dalam disenarai hitam kebelakangan ini.Jika risau, pergilah check online kat website PTPTN. Cara untuk check PTPTN Black List/Senarai Hitam telah dikongsi kat blogpost ini. Hari ini I nak kongsi cara yang betul dan selamat untuk menikmati "Pemberian Diskaun Kepada Peminjam PTPTN".

Anda boleh membaca FAQ tersebut dari PTPTN atau follow guidline dan experience saya membayar baki pinjaman PTPTN di bawah:


ATAU anda boleh baca FAQ untuk 20% diskaun baki PTPTN di bawah:

FAQ BERKAITAN PEMBERIAN DISKAUN 20% KEPADA PEMINJAM/ PENERIMA BIAYA YANG MEMBUAT PENYELESAIAN HUTANG PINJAMAN/PEMBIAYAAN BAGI TEMPOH 1 OKTOBER 2012 HINGGA 30 SEPTEMBER 2013


SOALAN 1 
Siapakah yang layak mendapat pemberian diskaun ini?
Jawapan : 
Peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan PTPTN sekaligus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. 

SOALAN 2 
Bagaimana pemberian diskaun 20% akan diberikan, sama ada atas baki prinsipal/ kos pentadbiran/ baki keseluruhan/ baki tunggakan/ termasuk kos-kos guaman? 
Jawapan : 
Pemberian diskaun 20% dikira atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan dilakukan.

SOALAN 3 
Bagaimanakah diskaun 20% ini dikira? 
Jawapan : 
Diskaun 20% ini dikira berasaskan baki hutang semasa peminjam/penerima biaya

SOALAN 4 
Bilakah tarikh pemberian diskaun 20% dikuatkuasakan? 
Jawapan : 
Pemberian diskaun 20% berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013

SOALAN 5 
Bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan pemberian diskaun 20%? 
Jawapan: 
Peminjam perlu membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan sekaligus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. 

SOALAN 6 
Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan baki hutang semasa? 
Jawapan: 
Baki hutang semasa boleh diperolehi dengan melayari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my mulai 5 Oktober 2012. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin peminjam. Sekiranya peminjam terlupa nombor pin, sila hubungi talian 03-20804455. Bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya, baki hutang boleh diperolehi dengan hadir ke kaunter PTPTN, e-mel ke bakihutang@ptptn.gov.my atau faks ke talian 03-20921590. 

SOALAN 7 
Bolehkah saya membuat pembayaran berdasarkan baki hutang semasa di penyata online? 
Jawapan: 
Boleh. Bayaran sebanyak 80% daripada baki hutang semasa boleh dibuat melalui semua saluran sediada kutipan balik PTPTN. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web PTPTN www.ptptn.gov.my. Selain daripada pembayaran melalui kaunter PTPTN, butiran bayaran hendaklah dihantar melalui e-mel kepada bakihutang@ptptn.gov.my atau difakskan kepada 03-20921590. 

Cara untuk membayar secara sekaligus bagi menikmati diskaun 20% PTPTN
From my previous experience, anda digalakkan apply for baki hutang semasa PTPTN dengan mengisi BORANG PERMOHONAN BAKI PINJAMAN (INDIVIDU) di kaunter PTPTN Office sebab kadangkala online system information tak sama dengan system head office PTPTN. Masa itu I dah isi borang online tetapi pekerja PTPTN suruh I isi borang permohonan baki itu sekali lagi.

Sekejap saja, pekerja PTPTN tersebut masuk office dan keluar dengan statement baki hutang semasa PTPTN saya seperti berikut:

Statement Baki Hutang semasa PTPTN
Lepas tu, bolehlah anda membuat keputusan bayar secara wang tunai/bank draft. Untuk keselamatan anda, anda dinasihat supaya membayar baki hutang PTPTN secara bank draft dengan membeli bank draft di bank terdekat. Saya membeli bank draft I dekat Maybank Bukit Damansara (walking distance from PTPTN Office Wisma Chase Perdana)

Form yang akan diberikan oleh pihak PTPTN  untuk membuat bayaran keseluruhan


Beli bank draft jika baki hutang PTPTN anda jumlah besar. 100% lebih selamat daripada membawa wang tunai
Semasa isi form untuk membeli bank draft PTPTN, sila pastikan anda membayar kepada "PERBADANAN TINGGI PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL" sebab kalau salah ejaan bazirlah RM5 untuk membeli bank draft tersebut.

Ambil nombor giliran untuk membayar baki hutang PTPTN. Sila pastikan anda telah megisi borang bayaran balik dengan informasi yang betul
Lepas I dapat bank draft tersebut, terus I balik ke PTPTN Office yang terletak di Wisma Chase Perdana untuk membayar baki hutang PTPTN sekaligus. Lepas bayaran, sila pastikan pekerja PTPTN tersebut bagi anda resit bayaran balik sebagai bukti bayaran. Kalau tidak, hilanglah semua wang anda jika pekerja it "buat nakal".

Anda akan disuruh menunggu untuk masuk bilik sebelah supaya mendapatkan SURAT PERLEPASAN HUTANG PTPTN. Dokument ini sangat sangat penting sebab ini membuktikan anda telah bayar semua hutang PTPTN.

Lepas anda mendapat surat perlepasan hutang PTPTN tersebut, anda officially off the debt of PTPTN! Tahniah!! =)

SOALAN 8 
Adakah saya boleh mendapat pemberian diskaun 20% sekiranya saya berhasrat membuat penyelesaian hutang pada bulan terakhir promosi iaitu September 2013? 
Jawapan: 
Boleh. Walau bagaimanapun, peminjam dinasihatkan membuat pembayaran penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan secara tunai atau bankdraf di kaunter PTPTN sahaja dan tidak melalui ejen kerana bayaran 
balik melalui ejen mengambil masa untuk dikemaskini. 

SOALAN 9 
Adakah pemberian diskaun 20% bagi penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan ini diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN? 
Jawapan: 
Ya, pemberian diskaun 20% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN.

SOALAN 10 
Adakah pemberian diskaun 20% ini diberikan kepada baki hutang Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) bagi penerima WPP yang tidak membuat pinjaman/ pembiayaan PTPTN 
Jawapan: 
Ya, pemberian diskaun juga diberikan kepada baki hutang Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP).

SOALAN 11 
Adakah Surat Pelepasan Hutang (SPH) dikeluarkan selepas bayaran balik dilakukan? 
Jawapan: 
Surat Pelepasan Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas pembayaran dilakukan di kaunter PTPTN secara tunai atau bankdraf. Bagi pembayaran bukan tunai (cek, kiriman wang dsbnya), SPH akan dikeluarkan selepas cek berkenaan ditunaikan/ dijelaskan. Bagi bayaran melalui ejen atau online, SPH akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh PTPTN. 

SOALAN 12 
Saya telah dikenakan tindakan senarai hitam, adakah PTPTN akan melakukan penarikan balik/ pemutihan senarai hitam selepas saya membuat penyelesaian hutang? 
Jawapan: 
Ya, proses ini akan dilakukan oleh PTPTN dalam tempoh 7 hari bekerja

Guys, to summarize again how to enjoy the 20% discount on your PTPTN Loan, here's the instruction:

  1. Make sure your bank account has enough money to pay your PTPTN Loan. You will need to buy bank draft with the account too. You can pay using checque too but the process take longer time. Try not to pay using cash if your loan is in big amount.
  2. Visit PTPTN Head Quarter dekat Wisma Chase Perdana because they have the direct access and correct information of your PTPTN loan. Maybank and CIMB bank is just nearby you if you want to buy bank draft.
  3. Make sure you fill in EVERY FORM correctly or else the payment won't be accepted or going somewhere else. I heard got people pay online through their web portal but the system never got their payment record. It is bet if you want to pay all your PTPTN debt at once at PTPTN Office.
  4. After made your payment, make sure you got the payment receipt and Release Form of PTPTN Debt so that you can prove that you've finish paying all the debt if they ask you to pay again.
  5. Try to pay before the end of September as I know people tends to do everything last minute and it always cause chaos/traffic jam at the PTPTN Office. Make sure you visit PTPTN Office early in the morning so that everything can be done within hours. 
  6. Don't go on Friday as their lunch time is from 12.00PM to 3PM. It's praying time for Muslim friends yo.
  7. Give us a FB LIKE or belanja me Teh Tarik if this article helps you out =)

It feels really good after clearing all my PTPTN debt!!
Sunset Jump @ Langkawi Tropical Charters Sunset Cruise
Stay tuned for my Langkawi Day 2 post as I visited the fun Wildlife Park (feeding all sorts of animals) in Langkawi and enjoyed the beautiful sunset at Tropical Charters Sunset Cruise.

Thanks for reading! Press the "Like" button and share with your friend kay? You can subscribe to TianChad @ 永遇乐, be a fans on TianChad @ 永遇乐 and follow @TianChad on Twitter for future blog post update =)

Comments

Popular posts from this blog

10 Things to do in IOI City Mall, Putrajaya #IOICityMall

12 Reasons to Visit MyTOWN Shopping Centre in KL #MyTOWNKL

7 Things To Do In FRIM Kepong - Canopy Walkway, Jogging & Nature Trekking

1600 Pandas Flash Mob @ Perbadanan Putrajaya, Malaysia #1600Pandas

Warning! Malaysia Acid Rain Fukushima Nuclear Plant Explode! 2011

11 Attractions in District 21 @ IOI CITY MALL #IOICityMall #District21

10 Things To Do In Desa ParkCity Dog Park