Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Teks oleh Wartawan GengMurai KUALA LUMPUR, 7 MEI 2010: Pelakon Rita Rudaini , 34 dan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan Mohd Aidil Zafuan Abd Razak , 23, masing-masing dikenakan hukuman denda sebanyak RM500 atau 15 hari penjara selepas didapati bersalah bernikah tanpa kebenaran. Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Yunus Mohd Zin semalam menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan berkenaan mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Thailand beberapa tahun lalu. Rita dan Aidil didakwa berkahwin di wilayah Songkhla, Selatan Thailand pada 25 Februari 2008, kira-kira jam 9.30 malam. Zafuan memberitahu mahkamah, dia bernikah di sana kerana tidak mendapat restu daripada keluarga. "Tidak ada persetujuan daripada keluarga sebelah saya," kata Zafuan ketika menjawab soalan Yunus. Pada 24 April 2009, Yunus yang membuat keputusan dalam kamar bahawa perkahwinan itu sah, bagaimanapun, memerintahkan pasangan itu mela