WUHAN PNEUMONIA OUTBREAK : KEJADIAN KLUSTER RADANG PARU-PARU (PNEUMONIA) DI WUHAN, REPUBLIK RAKYAT CHINA

Recently I received many forwarded WhatsApp message about the influenza widespread from China to Malaysia. Such as below: 

"Ministry of health’s notification to the public that the influenza this time is serious. Prevention method is to keep your throat moist, do not let your throat dry up. Thus do not hold your thirst because once your membrane in your throat is dried, the virus will invade into your body within 10 mins. Drink 50-80cc warm water, 30-50cc for kids, according to age. Everytime u feel your throat is dry, do not wait, keep water in hand. Do not drink plenty at one time as it doesn’t help, instead continue to keep throat moist. Till end of March, do not go to crowded places, wear mask as needed especially in train or public transportation. Avoid fried or spicy food and load up Vitamin C
The symptoms/ description are:
  1. Repeated high fever
  2. Prolonged coughing after fever
  3. Children are prone
  4. Adults usually feel uneasy, headache and mainly respiratory related
  5. Highly contagious


♦卫生局发出的通知:
这次的流感很严重,有预防的方式,就是要保持喉咙黏膜的湿润,不能让喉咙干燥,因此一定不要忍耐不喝水,喉咙的黏膜干燥,在10分钟内病毒就能入侵体内。 每次喝50-80cc的温水,孩子30-50cc,依年龄大小,觉得喉咙有点干就喝,不要考虑,也不要忍一下,手边要保持有水可以提供喝才行,水不用一次喝很多 ,那样是没用的,很快排出体外,而是要一直保持喉咙湿润不干燥才是正确。 在3月底前,人多的地方暂时不要去,坐地铁或公车,有需要便请带口罩。 炸物辣食先暂停,维他命c要补充够。 (大家把这条信息发到家长群里) 
疾控中心提醒:近期流感特点: ⑴ 快速高烧,不易退, 退烧后再次发热。
⑵ 烧后转入咳嗽期,持续时间长。
⑶ 儿童居多。
⑷ 成人以咽部症状重,伴头痛和周身不适。
⑸ 传染性强。
🌺温馨提示: 家长们,家里老人孩子注意谨防全中 ‼
现在流感高峰期,方便的话不防提醒家人亲朋戚友。 谢谢分享。


In order to verify whether the spread news is real or fake, you can always google and cross check the latest info from official channel including Malaysia WHO/Ministry of Health channel. I have also cross check it with official announcement from 武汉市卫生健康委员会(Wuhan Municipal Health Commission)

It is announced that the sickness is not influenza, avian flu, adenovirus, Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) or Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS). And there is no evidence of people-to-people transmission at this point, so it could likely be a normal fever outbreak. 

However,  after SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) in 2003, we should not complacent and it is good to exercise public health measures. Practice healthy personal hygiene measure for you and your family is still the best safety measure.


[Sponsored Ads below]

【KENYATAAN AKHBAR】KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
MAKLUMAN KEJADIAN KEJADIAN KLUSTER RADANG PARU-PARU (PNEUMONIA) DI WUHAN, REPUBLIK RAKYAT CHINA

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan secara rasmi pada 5 Januari 2020 tentang satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) melibatkan masyarakat setempat di Wuhan yang terletak di Wilayah Hubei, Republik Rakyat China. Kejadian kluster ini telah mula dikesan dan telah dilaporkan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China kepada WHO China Country Office pada 31 Disember 2019.

Punca jangkitan masih di dalam siasatan walau bagaimanapun pihak berkuasa Republik Rakyat China telah mengesahkan jangkitan tersebut bukanlah jangkitan influenza, avian flu, adenovirus, Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV) ataupun Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS). Pihak WHO memaklumkan bahawa insiden ini sedang dipantau rapi namun buat masa ini pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan dan perdagangan dengan Republik Rakyat China.


Sehingga 5 Januari 2020, sebanyak 59 kes telah dikenal pasti mempunyai kaitan dengan kejadian kluster tersebut. Daripada jumlah kes tersebut, sebanyak tujuh (7) kes dalam keadaan yang teruk, manakala yang lain dilaporkan stabil dan tiada kematian dilaporkan. Pihak WHO juga melaporkan buat masa ini tiada human-to-human transmission. Siasatan masih dijalankan dan sebanyak 121 kontak rapat kes-kes tersebut telah dikesan dan diletakkan di bawah pemerhatian.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius mengenai kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang berlaku di Wuhan, Republik Rakyat China ini dan sentiasa memantau kejadian ini dari semasa ke semasa. Antara langkah-langkah kesiapsiagaan yang dilaksanakan bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini adalah:


  1. Pemakluman berkaitan kejadian kluster ini dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi kepada anggota KKM di semua peringkat termasuk Pintu Masuk Antarabangsa Negara;
  2. Memberi penekanan dan memperkukuhkan aktiviti saringan demam sedia ada dalam kalangan pengembara oleh anggotaanggota yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa Negara;
  3. Sekiranya mengesan mana-mana pengembara yang demam dan bergejala, pemeriksaan akan dilakukan semula di pusat kuarantin kesihatan atau tempat pemeriksaan yang terletak di Pintu Masuk Antarabangsa Negara;
  4. Saringan pesakit di Klinik Kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital diperkukuhkan bagi memastikan kes-kes yang disyaki akan dirujuk dan dikendalikan dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi;
  5. Sekiranya terdapat kes yang disyaki, individu tersebut akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut;
  6. Menggunakan tatacara sedia ada bagi proses pelaporan / notifikasi segera melalui saluran yang telah dikenalpasti kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM sekiranya terdapat kes disyaki yang dikesan dari mana-mana fasiliti kesihatan;
  7. Penggunaan personal protective equipment (PPE) bagi semua anggota kesihatan yang terlibat perlu diberikan penekanan dan simpanan stok (stockpile) bagi PPE dan ubat-ubatan bagi menghadapi wabak perlu dipastikan mencukupi untuk menampung keperluan di fasilti kesihatan masing-masing;
  8. Memperkukuhkan aktiviti survelan bagi kes influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (sARI) di semua lokasi sentinel yang telah dikenalpasti, termasuk pemantauan berterusan kejadian kluster ILI di dalam komuniti. Begitu juga, memantau sebarang kejadian luar biasa membabitkan kemasukan pesakit ILI ke ICU mahupun kematian yang melibatkan pesakit sedemikian;
  9. KKM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua agensi yang berkaitan secara berterusan bagi memperkukuhkan aktiviti kesiapsiagaan dan respons KKM bagi menghadapi potensi penularan jangkitan dalam Malaysia.


KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan daripada pihak WHO akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Buat masa ini, tiada sebarang laporan diterima oleh CPRC KKM mengenai kes bergejala dengan sejarah perjalanan ke Wuhan. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 JANUARI 2020


************************************************


MAKLUMAN MENGENAI PENGURUSAN PESAKIT YANG DISYAKI MENGALAMI JANGKITAN INFLUENZA TERUTAMANYA DI KALANGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 berkaitan situasi semasa jangkitan influenza di Malaysia. Berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh negara, terdapat sedikit peningkatan kes ILI dan SARI semenjak pertengahan bulan Disember 2019. Namun begitu, peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya.

Manakala, analisa oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).

Susulan daripada kenyataan akhbar tersebut, KKM ingin menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:

  • Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);
  • Elakkan daripada memberi ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) untuk mengurangkan demam kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanakkanak;
  • Memastikan pesakit minum secukupnya supaya kekal terhidrat; dan
  • Sila bawa pesakit tersebut berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

Selain itu, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza pula, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat. Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi khususnya adalah digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut :
  • Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;
  • Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;
  • Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;
  • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.


Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 JANUARI 2020


****************************************
【Official announcement by Wuhan Municipal Health Commission about recent outbreak of possible highly infectious disease】

武汉市卫生健康委员会(Wuhan Municipal Health Commission)关于不明原因的病毒性肺炎情况通报

2019年12月31日以来,我委在全市开展了不明原因的病毒性肺炎病例搜索和回顾性调查工作。截至2020年1月5日8时,我市共报告符合不明原因的病毒性肺炎诊断患者59例,其中重症患者7例,其余患者生命体征总体稳定,目前所有患者均在武汉市医疗机构接受隔离治疗,无死亡病例。在59例患者中,病例最早发病时间为2019年12月12日,最晚发病时间为12月29日;已经追踪到163名密切接触者并行医学观察,密切接触者的追踪工作仍在进行中。

流行病学调查显示,部分患者为武汉市华南海鲜城(华南海鲜批发市场)经营户。截至目前,初步调查表明,未发现明确的人传人证据,未发现医务人员感染。已排除流感、禽流感、腺病毒、传染性非典型肺炎(SARS)和中东呼吸综合征(MERS)等呼吸道病原。病原鉴定和病因溯源工作仍在进一步进行中。

目前,武汉市在国家和湖北省的支持下,已经采取以下主要防控措施:一是全力救治患者。二是对所有病例均开展隔离治疗。三是继续在全市医疗机构开展相关病例搜索和回顾性调查。四是认真开展密切接触者追踪,对已经追踪到的密切接触者按规定落实医学观察,目前没有发现发热等异常症状。五是对华南海鲜城采取休市措施,并开展环境卫生处置和进一步的卫生学调查。六是积极开展流行病学调查。七是配合国家和省开展病原鉴定(包括核酸检测和病毒分离培养)和病因溯源,防控工作正有序进行。

专家提示,目前我市正处于冬春季传染病高发季节,市民要注意保持室内空气流通,避免到封闭、空气不流通的公众场合和人多集中地方,必要时可佩戴口罩。如有发热、呼吸道感染症状,特别是持续发热不退,及时到医疗机构就诊。


********************************
If you are looking for ways to improve air quality using air purifier, feel free to check out this post sharing about AIRsteril air purifier:

How To Prevent Flu & Airborne Disease - Safer Environment for Kids and Family with AIRsteril PCO Air Purifier
How To Prevent Influenza and Airborne Disease - Safer Environment for Kids and Family with AIRsteril PCO Air Purifier
Related Article: How To Prevent Flu and Airborne Disease with AIRsteril PCO Air Purifier - Safer Environment for Kids and Family 


Extra RM99 off for any AIRSteril products with code 'TC99' during checkout at www.mcsrmall.com


SPECIAL PROMOTION FOR TIANCHAD.COM readers:
AIRSTERIL ONLINE PURCHASE RM99 OFF at www.mcsrmall.com with code 'TC99'. Just key in the code 'TC99' during checkout to enjoy RM99 off the total.

Feel free to email/PM me on any social media @tianchad if you have any further question regarding AIRSteril products.

Thanks for reading! Press the "Like" button and share with your friend kay? You can subscribe to TianChad @ 永遇乐, check out latest photo post on my instagram @tianchad for latest photo post, watch more travel video on my YouTube Channel @tianchad and follow my FB Page TianChad @ 永遇乐 and follow @TianChad on Twitter for future blog post update =)

Comments

Popular posts from this blog

10 Things to do in IOI City Mall, Putrajaya #IOICityMall

12 Reasons to Visit MyTOWN Shopping Centre in KL #MyTOWNKL

7 Things To Do In FRIM Kepong - Canopy Walkway, Jogging & Nature Trekking

1600 Pandas Flash Mob @ Perbadanan Putrajaya, Malaysia #1600Pandas

Warning! Malaysia Acid Rain Fukushima Nuclear Plant Explode! 2011

11 Attractions in District 21 @ IOI CITY MALL #IOICityMall #District21

10 Things To Do In Desa ParkCity Dog Park